wanie OOOOLALA

Wednesday, April 8, 2015

personaliti nona

Apa itu fesyen?

Fesyen ialah istilah yang merujuk kepada gaya berpakaian, kosmetik, tingkah laku dan sebagainya yang menjadi kegemaran serta ikutan ramai dan berubah mengikut masa. Manakala  berfesyen pula ialah menunjukkan atau mengikut sesuatu fesyen (dalam cara berpakaian dan lain-lain). Fesyen merupakan keinginan untuk sesuatu perubahan dan ini menjadikan ia sebahagian daripada asas kehidupan manusia.Tujuan manusia menutup badan adalah untuk kelihatan sopan, tetapi perhiasan dan dekorasi terlebih dahulu telah menjadi aspek penting dalam  berpakaian. Pakaian merupakan medium komunikasi yang paling jelas dan berpengaruh. Dengan hanya melihat gaya seseorang kita boleh andaikan status sosial, identiti jantina, orientasi politik, etnik, gaya hidup dan keutamaan estetik mereka. Malahan tekanan daripada rakan-rakan dan  perubahan gaya hidup juga mempengaruhi jenis perhiasan yang dapat diterima pada sesuatu masa, zaman atau kelompok masyarakat. Setiap gaya adalah luahan rasa si pemakainya. Idea dan cita rasa adalah sesuatu yang subjektif. Setiap individu semestinya menginginkan identiti tersendiri dan tidak mahu dikongsi dengan orang lain. Masyarakat kini juga tidak mahu meniru dan menjadi klon orang lain. Fesyen juga merupakan sesuatu yang ceria, yang menunjukkan ekspresi diri dan juga mengenai pilihan individu. Fesyen boleh membuatkan kita lebih menarik, kreatif dan yakin terhadap diri apabila berhadapan dengan masyarakat. Setiap individu berhak  berfesyen mengikut kemampuan dan cita rasa tersendiri. Walau apapun, ianya perlu disesuaikan dengan budaya dan latar belakang masyarakat

No comments:

Post a Comment